Saturday, August 17, 2019

MARI BELAJAR KAEDAH PENANAMAN BEBAWANG

Teknik  pembiakan  secara  aseks  terbahagi  kepada  lima  iaitu  belahan  dedua,  pembentukan  spora,  pembiakan  vegetatif,  penjanaan  semula  dan  pertunasan.  Tumbuhan  membiak  secara  asek  dengan  kaedah  pembiakan  vegetatif  iaitu  keratan  batang,  tut,  cantuman  mata  tunas,  dan  bebawang.   Pembiakan  vegetatif  ini  kebanyakannya  dilakukan  pada  pokok  hiasan  seperti :
- pokok  puding
- pokok  bunga  kertas
- pokok  ros.
Tidak  lupa  juga  pokok-pokok  yang  berbuah  seperti :
- pokok  durian
- pokok  mangga
- pokok  ciku
Cara  ini  adalah  bagi  mendapatkan  hasil  yang  menyerupai  pokok  induk.   Kami  telah  melakukan  teknik  pembiakan  secara  bebawang  sewaktu  amali  tersebut.



Bagi  tajuk  hari  ini,  saya  akan  menerangkan  mengenai  kaedah  pembiakan  secara  bebawang.   Pembiakan  secara  bebawang  perlu  dikupas  kulit  luar  yang  kering  untuk  mengaktifkan  proses  percambahan  bawang.   Kulit  kering  yang  dibuang  hanyalah  nipis  seperti  kertas.   Bahagian  atas  bawang  perlulah  dipotong  1/3  daripada  bahagian  bawang  bagi  mempercepatkan  proses  percambahan.   Tanaman  bawang  ini  perlu  diletakkan  di  bawah  cahaya  matahari  dan  disiram  sekurang-kurangnya  dua  kali  seminggu.   Menurut  Jabatan  Pertanian  (2015),  hasil  percubaan  yang  dijalankan  di  beberapa  tempat,  didapati  bahawa  bawang  sesuai  ditanam  di  tanah  berpasir  dan  tanah  mineral  asalkan  mengandungi  bahan  organan  dan  tahap  kesuburan  yang  tinggi.   Untuk  pengetahuan  semua,  daun  bawang  yang  tumbuh  boleh  dimakan  dan  sedap  rasanya.

Saya  akan  menerangkan  lebih  lanjut  cara-cara  pembiakan  secara  bebawang  dalam  video :


Haaa.. Macam  mana?.  Dah  faham?.
Okay  sekarang,  saya  nak  test  pemahaman  kamu  semua  mengenai  pembiakan  bebawang.
Kuiz  ini  dalam  bentuk  google  drive  dan  perlu  didownload  dahulu  dalam  laptop  anda.  Selamat  bermain.

Sila tekan gambar tersebut

Boleh melawati blog Cikgu Irfan untuk mendapatkan maklumat mengenai Pengenalan Teknologi Pembiakan Tanaman.
Blog Cikgu Aimi pula memberikan maklumat mengenai kaedah penanaman secara seks.
Blog Cikgu Fadh anda akan dapat mengetahui jenis-jenis alatan tanaman dan bahan tanaman.





Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi